Taman Negara, Pahang
Definisi Ekopelancongan
Eko-pelancongan adalah pengembaraan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar bertujuan menikmati dan menghayati pengalaman alam semula jadi dan kebudayaan. Ecotourism seharusnya mempunyai impak yang rendah terhadap alam sekitar dan harus menyumbang kepada kesejahteraan penduduk tempatan.
Eko-pelancongan mempunyai definisi yang berbeza yang diterjemahkan mengikut kefahaman setiap individu. Maksud terdekat yang mendefinisikan eko-pelancongan adalah, merupakan pelancongan yang berasaskan alam semulajadi dan mempunyai nilai yang cukup untuk digunakan tanpa menjejaskan sumber asalnya.
Eko-pelancongan mempunyai definisi yang berbeza yang diterjemahkan mengikut kefahaman setiap individu. Maksud terdekat yang mendefinisikan eko-pelancongan adalah, merupakan pelancongan yang berasaskan alam semulajadi dan mempunyai nilai yang cukup untuk digunakan tanpa menjejaskan sumber asalnya.
Pengenalan
Taman Negara Pahang
merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan. Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara.
Gua Telinga & Gua Jinjang Pelamin
(Gua Jinjang Pelamin)
Lata Berkoh
Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.
Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.
Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.
Bermulanya Taman Negara Di buka
Taman Negara adalah Kawasan Perlindungan rasmi yang pertama dan tertua di negara ini dan pada waktu dahulu dikenali sebagai King George V National Park.
Taman negara ini yang diisytiharkan secara rasminya oleh Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (sewaktu sambutan Jubli Perak King George) diwartakan bagi memelihara alam semulajadi kawasan ini. Taman ini dinamakan Taman Negara setelah negara mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.
Aktiviti paling popular di Taman Negara ialah bersampan di sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan Kanopi yang tedapat di sini juga sungguh menarik bagi memberikan pelawat pemandangan jarak dekat aktiviti haiwan dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan yang tinggi.
Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat untuk memerhati hidupan liar di sini. Pondok kecil yang dibina tinggi dari atas tanah membolehkan pelawat bermalam bagi memerhati hidupan liar di dalam habitat semulajadinya. Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot atau pun berjalan kaki.
Taman Negara adalah sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semulajadi di sini sangat menakjubkan dan menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling rumit dan kaya di dunia.
...............................................................................................................................................
Pengangkutan
Kereta api Pintu masuk ke Taman Negara iaitu Kuala Tembeling yang dihubungkan dengan Kuala Lumpur, Singapura dan Kota Bharu (melalui Tumpat) oleh laluan kereta api. Kereta api dari stesen-stesen tersebut berhenti di Tembeling Halt, kira-kira setengah jam perjalanan dari jeti Kuala Tembeling dengan menaiki kereta.
Bot Pintu masuk utama untuk ke Taman Negara ialah menerusi Kuala Tembeling di mana pelawat boleh menaiki sampan yang bertolak pada pukul 9.00 pagi dan 3 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat apabila bot bertolak pada pukul 2.30 petang), dalam perjalanan yang memakan masa selama 3 jam menuju ke Kuala Tahan. Mutiara Taman Negara Resort juga menyediakan perkhidmatan bot laju yang cuma mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Kuala Tahan. Bot laju ini bertolak dari Kuala Tembeling pada pukul 10.30 pagi dan 1.30 petang setiap hari. Cara termudah untuk ke Taman Negara ialah sama ada melalui Jerantut di dalam perjalanan darat yang mengambil masa selama 3 jam dari Kuala Lumpur. Jika anda memandu kenderaan pacuan empat roda, anda boleh menggunakan jalan pembalakan hingga ke Kuala Tahan di mana anda perlu menaiki bot merentas Sungai Tahan untuk memasuki Taman Negara.
Bas atau Teksi Perkhidmatan teksi ke Jerantut boleh didapati dari Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur. Anda juga boleh menaiki bas ke Jerantut yang boleh didapati di Stesen Bas Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur. Dari Jerantut, anda boleh menaiki bas tempatan atau teksi untuk ke Kuala Tembeling.
Bot Pintu masuk utama untuk ke Taman Negara ialah menerusi Kuala Tembeling di mana pelawat boleh menaiki sampan yang bertolak pada pukul 9.00 pagi dan 3 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat apabila bot bertolak pada pukul 2.30 petang), dalam perjalanan yang memakan masa selama 3 jam menuju ke Kuala Tahan. Mutiara Taman Negara Resort juga menyediakan perkhidmatan bot laju yang cuma mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Kuala Tahan. Bot laju ini bertolak dari Kuala Tembeling pada pukul 10.30 pagi dan 1.30 petang setiap hari. Cara termudah untuk ke Taman Negara ialah sama ada melalui Jerantut di dalam perjalanan darat yang mengambil masa selama 3 jam dari Kuala Lumpur. Jika anda memandu kenderaan pacuan empat roda, anda boleh menggunakan jalan pembalakan hingga ke Kuala Tahan di mana anda perlu menaiki bot merentas Sungai Tahan untuk memasuki Taman Negara.
Bas atau Teksi Perkhidmatan teksi ke Jerantut boleh didapati dari Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur. Anda juga boleh menaiki bas ke Jerantut yang boleh didapati di Stesen Bas Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur. Dari Jerantut, anda boleh menaiki bas tempatan atau teksi untuk ke Kuala Tembeling.
Kemudahan Yang Disediakan
Pihak Jabatan Perhilitian Taman Negara juga banyak menyediakan kemudahan asas untuk ribuan pengunjung di Taman Negara, Pahang
seperti:-
- Laluan pejalan kaki khas yang dibina
- Perkhidmatan Restoren Terapung yang menggamit memori
- Penginapan di Sekitar Jeti Taman Negara bermula dari 3 Bintang
- Perkhidmatan Bot setiap Hari
- Bas Untuk dari Bandar Jerantut Menuju Ke Taman Negara
- Papan Tanda di Sekeliling Taman Negara
- Kemudahan Tempat Letak Kereta Berbayar
- Perkhidmatan bot dari Kuala Tembeling
- Gerai Runcit dan Kedai Cemderamata
- Perkhemahan-Perkhemahan untuk Sewa
- Pondok- Pondok di sekeliling Jeti Taman Negara
- Park Center - Kawasan untuk berkumpul
..............................................................................................................................................
Pelancong yang meminati keindahan alam dan melakukan aktiviti yang mencabar dan lasak perlu pergi ke Taman Negara ini kerana pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini.
Contohnya:-
Canopy Walkway
Menyusuri Canopy Walkway yang merupakan yang paling tinggi dan juga yang terpanjang di dunia. Jarak keseluruhannnya menjangkau 500 meter dan setinggi 50 meter dari permukaan tanah. Canopy Walkway ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku dan hanya menggunakan teknik yang tidak mendatangkan kecederaan kepada pokok-pokok besar di sini.
Rapids Shooting
Aktiviti ini merupakan salah satu daripada aktiviti disini yang mesti dicuba dan sangat unik. Perkara yang uniknya aktiviti ini ialah pengunjung akan menaiki bot dan mula berlumba antara satu sama lain. Mereka akan menyusuri sungai melawan arus dengan menaiki bot kayu panjang dan 'cucuk-cucuk himpit-himpit' antara bot sehingga basah penumpangnya. Aktiviti ini sememangnya merupakan pengalaman yang menyeronokkan.
Perkampungan Orang Asli
Apabila datang ke Taman Negara ini, salah satu perhentian kalau menaiki Rapids Shooting ialah di sebuah perkampungan orang asli yang terletak tidak jauh dari tebing sungai. Di sini pengunjung boleh melihat sendiri satu komuniti orang asli yang masih mengekalkan cara hidup ala-ala orang purba begitu. Ketika berada di tempat tersebut, kita boleh mempelajari teknik-teknik menghidupkan api tanpa mancis dan menyumpit. Ini merupakan pengalaman yang menarik dengan mengenali budaya kehidupan orang asli.
Jungle Trekking
Aktiviti ini mesti dilakukan apabila datang ke Taman Negara untuk melakukan aktiviti menyusuri denai-denai hutan. Di sini ada kemudahan plaform dan denai jalan kaki khas untuk memudahkan pengunjung untuk jungle trekking. Sesetengah pengunjung pergi pada waktu pagi dan ada yang lebih sukakan pada waktu malam.
Gua Telinga & Gua Jinjang Pelamin
Penerokaan di dalam gua juga merupakan salah satu aktiviti di Taman Negara ini yang mencabar. Terdapat beberapa gua di Taman Negara yang menjadi kunjungan pelancong seperti Gua Telinga dan Gua Jinjang Pelamin. Gua Telinga terletak tidak jauh dari Taman Negara dan pengunjung perlu menaiki bot menyusuri sungai untuk sampai di sini. Sebaik sampai di tebing sungai pengunjung perlu jungle trekking sekitar 30-40 minit sebelum sampai di pintu masuk Gua Telinga. Di dalam gua ini permukaannya agak licin dan basah dan memerlukan tahap stamina dan ketangkasan kalau bercadang untuk masuk. Di dalam gua ini mempunyai habitat kelawar yg tinggal di sini.
(Gua Telinga)
Lata Berkoh
Di Taman Negara terdapat beberapa lokasi air terjun yang menarik dan salah satunya di Lata Berkoh. Air terjun di sini memang menarik. Airnya dalam dan pengunjung boleh menyelam dan spa percuma dengan menadah badan di aliran air terjun yang deras.
Santuari Ikan Kelah
Di Taman Negara ini terdapat sebuah tempat pemuliharaan ikan kelah di Lubuk Tenor dan menariknya, ikan-ikan di sini sangat jinak. Pengunjung boleh merasai pengalaman memberi makan ikan ini dan berenang dengan ikan-ikan ini. Aktiviti snorkeling bersama dengan ikan-ikan air darat yang besar-besar saiznya merupakan salah satu tarikan di Taman Negara yang unik. Namun pengunjung tidak dibenarkan untuk memancing di sini.
Restoran Terapung
Antara yang menariknya di Taman Negara ini, pengunjung boleh merasai pengalaman makan makanan di restoran-restoran terapung yang menawarkan perbagai hidangan masakan. Dan yang paling menariknya di sini sudah tentu masakan ikan darat yang segar dan sedap dari Sungai Pahang seperti ikan pating, jelawat dan sebagainya.
Dengan aktiviti-aktiviti yang terdapat di sini dapat memberikan kepuasan dan pengalaman yang bermakna kepada pengunjung yang datang ke Taman Negara ini. Melalui aktiviti ini banyak perkara yang berfaedah kepada diri. Aktiviti ini juga dapat melahirkan pengunjung yang cinta dan sayang terhadap alam sekitar.
Comments
Post a Comment